Wednesday, March 31, 2010

Pantai 'Gerigat' boleh menjadi 'Pusat Perkelahan' bandar berdekatan

Pantai di muara indah pemandangannya
Sunyi dan Sepi menjadi idaman

Ombak lari meninggal tebing nya
Sepi suasana membuai ketenangan
Pelawat harus menjaga kebersihan persekitaran pantai
Serpihan pecahan kaca botol mengundang bahaya





Pantai Gerigat yang terletak di daerah Betong kira kira 40 km dari Sarikei dan 100+ kilometer dari Sibu berpontensi menjadi tempat peranginan secara komersil jika ada usaha oleh pengusaha tempatan berani meyedia keperluan asas seperti chalet chalet, homestay dan gerai makan berdekatan sepanjang pantai. Ini bukan sahaja mampu menaikkan imej kampung tetapi juga dapat menjana pendapatan penduduk tempatan kerana mereka boleh menjual atau mempromosi keluaran tempatan seperti kuih-muih kering, ikan kering dan sayur sayuran yang dijual diberberapa gerai kecil ditepian jalan.
Para pengunjung juga harus berkerjasama menjaga kebersihan dan kecantikan pantai. Perlu juga pihak berkaitan menyediakan tong tong sampah serta mengutipnya apabila perlu.
Pantai yang cantik ini malangnya tercemar oleh longokan sampai sepanjang tebingan pantai dan tidak kurangnya terdapat banyak serpihan pecahan kaca kaca botol di merata rata pantai, sekaligus menimbul bahaya kepada pelawat dan pengunjung, teruta sekali pada waktu malam.
Tentu ada pengunjung yang bermalam akan meniti pantai pada waktu malam untuk menikmati sepuian angin laut malam dan sudah tertentu terdedah kepada ancaman pecahan kaca botol.
Oleh yang demikian, demi menjaga kecantikan semulajadi yang dianugerah oleh Tuhan, sama sama lah kita memerlihara kebersihan, kecantikan dan keselamatan pantai dan kampong kita.

No comments:

Post a Comment