Tuesday, June 30, 2009

BORNEO CULTURAL FEAST 2009

Pesta Kebudayaan Borneo 2009, pesta tahunan yang mempaparkan kebudayaan suku eknik kepulauan Borneo terutama sekali negeri Sarawak akan bermula pada 3 Julai sehingga 11 Julai, 2009.

Bertapak di kawasan Dataran Bandar Sibu, pesta yang dianjur bersama kerajaan negeri Sarawak bersama berberapa agensi kerajaan lain akan mempamirkan tarian tradisi, nyanyian, makanan kaum kaum di Sarawak. Selain dari persembahan kebudayaan dan nyanyian, banyak gerai telah didirikan sekitar tapak pesta untuk menempatkan pamiran dan jualan hasil kraft dan makanan tradisi kaum masing-masing.

Sunday, June 14, 2009

Majlis Perjumpaan Bersama YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia - 13 Jun 2009

Pengarah Penerangan Sarawak, En. Resat Salleh menyampai ucapan alu-aluan
YB. Dato Seri Utama Dr. Rais Yatim bersama Pengarah Penerangan Sarawak
YB Dato' Seri Dr. Rais Yatim menyampai ucapan kepada para hadirin



Pada 13 Jun 2009, satu majlis perjumpaan bersama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia telah diadakan di Auditorium P. Ramlee, R.T.M. Kuching.

Majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan jabatan jabatan dibawah kementerian KPKKM. Turut hadir menyerikan majlis tersebut ialah Timbalan Menteri KPKKM, YB Dato Joseph Salang , Ketua Setiausaha Kementerian dan ketua-ketua jabatan. Selain berkenalan dan bermesra, pegawai pegawai juga berpeluang mengutarakan soalan di sesi soal-jawab. Majlis ini telah memberi peluang kepada kakitangan untuk mengenali dan bermesra dengan menteri baru dengan lebih dekat.

Sunday, June 7, 2009

Berwaspada di musim panas ini...



Kebakaran deretan kedai pada suboh 1 June 2009 di pekan Serian
Sejak kebelakangan ini, cuaca agak berlainan. Sepanjang penulisan ini, cuaca terlalu panas dan walaupun sekali sekala hujan (hanya untuk 20 atau 30 minit sahaja), ia tidak cukup untuk menyejuk bumi. Bumi kekeringan dan begitu juga di hutan belukar atau rimba. Oleh yang demikian, berwaspada lah kita, jangan membakar sesuka hati tanpa menghirau keburokannya. Ia bukan sahaja menimbul bahaya jika terjadi kebakaran tetapi juga kesan burok asap kepada kesihatan. Jika gagal dikawal, ia boleh merebak dan mengakibat kehilangan harta benda dan mungkin juga nyawa. Elak membakar terbuka terutama sekali di musim panas ini.