Monday, November 29, 2010

Majlis Penyampaian 'Pingat Perkhidmatan Setia' Kingwood Hotel Sibu 30 November 2010






Majlis Penyampaian 'Pingat Perkhidmatan Setia' kerajaan Sarawak telah berlansung di Kingwood Hotel Sibu pada 30 November 2010 @3.00 petang. Seramai 375 orang kakitangan kerajaan dari berbagai jabatan dan agensi kerajaan menerima pingat bagi menghargai jasa mereka. Penerima ini adalah terdiri dari mereka yang berkhidmat selama 20 tahun keatas. Pingat Setia telah disampaikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Seminar Pembangunan & Kepimpinan Ketua Masyarakat Negeri Sarawak 2010 - Sibu Rh Hotel 30 November 2010


Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat Negeri Sarawak bagi zon Sibu berlansung di RH Hotel Sibu pada 30 Novemkber 2010. Majlis di rasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Seminar ini disertai oleh ketua-ketua masyarakat dari daerah Sibu, Kanowit dan Selangau.

Sunday, October 10, 2010

Ribuan ikan Sungai Rajang timbul

Selepas dikejutkan dengan fenomena luar biasa sisa balak dan kayu terapung di Sungai Rajang, sejak Khamis lalu, penduduk yang tinggal di tebing sungai terpanjang di Malaysia itu sekali lagi dikejutkan dengan kejadian luar biasa, kelmarin.



Kali ini, bukan sisa kayu terapung yang membuatkan perhatian terarah ke sungai yang mengalir deras itu, tetapi ribuan ikan air tawar termasuk patin, labang, jelawat dan kaloi yang timbul di permukaan dipercayai mabuk akibat lumpur tebal yang memenuhi sungai berkenaan.


Keadaan itu menyebabkan penduduk di tebing Sungai Rajang bagaikan berpesta, menangkap ikan mabuk itu yang ada antaranya mencecah berat sehingga 20 kilo gram seekor.



Kejadian ikan bersaiz besar timbul itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan penduduk percaya ia ada kaitan dengan kejadian tanah runtuh di kawasan pembalakan di Sungai Baleh iaitu salah satu cabang Sungai Rajang.



Sunday, September 19, 2010

Sabah : Menggatal bukan 'gatal'

Pembinaan replika mangga perjelas maksud nama pekan berkenaan

Sebutan Menggatal yang merujuk kepada sebuah pekan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam di sini yang sering disalah tafsir pengunjung luar sebagai bermaksud negatif akan diperbetulkan menerusi pembinaan mercu tanda pekan yang akan memaparkan maksud sebenar nama pekan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, Johnny Goh, berkata pihaknya dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sepakat membina replika buah mangga sebagai mercu tanda di Bulatan Pulutan, kerana mangga ialah sebutan asal nama pekan itu

Katanya, kebanyakan pengunjung luar tidak tahu mengenai sejarah nama Menggatal yang sebenarnya berasal daripada perkataan mangga gatal yang diambil berikutan kewujudan sepohon pokok mangga di pekan itu yang buahnya menyebabkan rasa gatal apabila dimakan.

"Pokok mangga gatal itu tumbuh pada zaman awal pembukaan pekan ini puluhan tahun lalu dan ia hanya diketahui oleh penduduk di pekan Menggatal. Ketika itu nama pekan ini memang disebut sebagai `Mangga Gatal' tetapi lama kelamaan sebutan itu diringkaskan menjadi `Menggatal'.

Sebutan itu bagaimanapun ditafsir membawa maksud yang negatif oleh orang luar. Sehubungan itu, bagi memperbetulkan tanggapan negatif mengenai maksud nama pekan ini, kita minta DBKK membina sebuah mercu tanda buah mangga untuk menggambarkan asal usul nama Menggatal," katanya kepada Berita Harian.

Beliau berkata, walaupun pokok mangga gatal yang menjadi asas nama pekan itu sudah tiada, sejarahnya masih kekal dan segar dalam ingatan kebanyakan generasi tua di Menggatal yang satu ketika dulu pernah menyebut nama pekan itu sebagai Mangga Gatal.

Katanya, usaha membina mercu tanda yang mengambil sempena asal usul nama pekan Menggatal itu juga penting bagi memastikan cerita yang ada di sebalik nama berkenaan diketahui generasi muda masyarakat di Menggatal dan orang luar keseluruhannya. Sekarang ini, generasi muda di Menggatal sendiri ramai yang tidak tahu mengenai cerita mangga gatal ini.

Saya bimbang satu hari nanti apabila semua generasi tua yang tahu mengenai cerita ini sudah tiada, sejarah asal usul pekan ini akan pupus.

"Akibatnya nanti semua orang akan membuat tafsiran sendiri berdasarkan maksud tersurat sebutan `menggatal' yang bersifat negatif. Sebab itulah perlu ada usaha untuk menghidupkan kembali sejarah asal usul pekan ini, katanya.

Pada masa sama, Goh berkata, pembinaan mercu tanda itu juga adalah antara usaha untuk meningkatkan keindahan landskap dan imej pekan Menggatal supaya kelihatan lebih menarik sesuai dengan kedudukannya sebagai sebahagian daripada kawasan bandar raya.

Katanya, usaha juga sedang dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan di pekan Menggatal serta melaksanakan projek pencegahan banjir membabitkan beberapa sungai antaranya projek meluruskan Sungai Darau dan membina benteng penahan tebing Sungai Mansiang

Petikan Berita Harian Online 20/09/10

Sunday, August 1, 2010

Semarak Merdeka Jalur Gemilang 2010 - 1 Ogos 2010






Gotong royong
Bermukun
Pertandingan mewarna
poco-poco


Program Semarak Merdeka Jalur Gemilang 2010 daerah Sibu berlansung pada 1 Ogos 2010 di Sibu Jaya. Program anjuran Jabatan Penerangan Sibu meliputi Larian Jalur Gemilang yang disertai oleh Komuniti Bestari daerah Sibu dan pelatih dan jurulatih PLKN dari Kem Junaco & Bumimas. Antara lain program ialah senamrobik poco-poco, gotong royong, pertandingan mewarna kanak kanak dan persembahan 'Bermukun' oleh RTM Sibu. YB Adun N.48 Pelawan, En. Vincent Goh merasmikan majlis tersebut.

Tuesday, July 20, 2010

PESTA BORNEO 2010





Pesta tahunan "PestaKebudayaan Borneo" yang berlansung di dataran bandar Sibu dari 16 hingga 30 Julai 2010.






Wednesday, July 14, 2010

Peristiwa Semasa Sibu : Kempen "Jom Ganyang Aedes" Peringkat Negeri Sarawak 15 Julai 2010

Anggota Penerangan siap dengan beg sampah menjalankan tugas




Berehat selepas penat lelah


Pada 15 Julai 2010, Kakitangan Jabatan Penerangan Sibu telah menyertai Kempen "Jom Ganyang Aedas" Peringkat Negeri Sarawak yang dianjurkan oleh Pejabat Residen Bahagian Sibu. Majlis pelancaran dirasmi oleh Y.B. Dato Sri Wong Soon Koh, Menteri Kewangan Kedua dan Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Negeri Sarawak. ( Pasukan JAPEN Sibu diketuai oleh Cik Cecelia disertai oleh En. Justin, En. Mahrif, En. Chai Chee Bui, En. Hatta, Cik Chan S.L. dan Cik Dorothy)