Saturday, May 23, 2009

PROGRAM KAUNTER ADUAN BERGERAK BERSEPADU 23 MEI, 2009


Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, Y.Brs. Dr. Tam Weng Wah
Kaunter Jabatan Penerangan Sibu
Pada 23 Mei 2009, Biro Pengaduan Awam Negeri Sarawak, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Pejabat Residen bahagian Sibu telah menganjurkan Program Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu (KABB) di lobby Wisma Sanyan Sibu. Jabatan Penerangan Sibu turut dijemput untuk menyertai progaram tersebut yang mana disertai oleh 24 buah jabatan dan kerajaan negeri dan persekutuan.
Program ini bertujuan memberi kemudahan orang ramai membuat aduan atau mengemukakan cadangan terhadap jentera pentadbiran kerajaan secara terus atau semuka bagi meningkatkan kecekapan dan mutu kerja selain mengenalpasti isu-isu dan masalah masyarakt setempat dalam mencari jalan terbaik penyelesaiannya. Selain itu, ia juga bertujuan mengeratkan lagi hubung dua ala antara jabatan dan agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta memahami peranan dan tanggungjawab sesuaru jabatan atau agensi.

Monday, May 4, 2009

Kapal Peranginan Menyusur Sungai Batang Rejang Sibu




Kini para pelancong asing maupun tempatan berpeluang menikmati kecantikan dan ketenangan suasana semulajadi Sungai Batang Rajang. Sebuah syarikat tempatan telah menyediakan perkhidmatan pakej melancong atau beristirehat berberapa hari diatas kapal ini sambil menyusur Batang Rajang dari muara (Tanjung Manis, Sarikei) hingga ke jeram Pelagus di Bahagian Kapit. Para pelanggan selain berehat serta menyedut udara nyaman sudah tentu dapat menikmati kecantikan pemandangan alam semesta serta melihat keunikannya rumah rumah panjang tradisional eknik tempatan di sepanjang tebingan sungai.

Sunday, May 3, 2009

PERTANDINGAN KUIZ ASEAN 2009 PERINGKAT KEBANGSAAN DI KUALA LUMPUR

Peserta Sarawak
Majlis penyampian hadiah
Peserta bergambar bersama Datuk Poziah Abdul Rahman Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia dan Pengarah Penerangan Sarawak, Encik Resat Salleh
Guru pengiring, wakil bahagian Sibu dan pegawai pengiring jabatan
Sesi pertandingan
Peserta tunggal mewakili bahagian Sibu, Jee You Cheng dari SMK Rosly Dhoby Sibu
Tahun ini seorang pelajar Sekolah Menengah Kerajaan Rosly Dhoby Sibu, Jee You Cheng berjaya mewakil negeri Sarawak ke peringkat akhir Pertandingan Kuiz Asean Peringkat Kebangsaan 2009 yang berlansung di Angkasapuri pada 28 April, 2009. Walaupun peserta bahagian Sibu tidak berjaya ke Pertandingan Peringkat Antarabangsa yang akan berlansung di Philippines pada Oktober depan, bahagian Sibu berbangga kerana mempunyai wakil ke pertandingan keperingkat kebangsaan. Syabas dan tahniah kepada pelajar Jee You Cheng.