Monday, September 14, 2009

Program Memasak Bubur Lambuk 1Malaysia Jabatan Penerangan Malaysia Sibu 15.09.2009









Kakitangan jabatan penerangan sibuk menyediakan ramuan bubuk lambuk

Kakitangan berbagai jabatan Wisma Persekutuan Blok 3, bergotong royong menyedia ramuan bubur lambuk
Hujan lebat awal pagi Selasa , 15 September 2009 tidak mematah semangat kakitangan jabatan penerangan bersama kakitangan berbagai jabatan di Wisma Persekutuan Blok 3, Persiaran Brooke, Sibu bertungkus lumus menyedia keperluan dan ramuan bagi jaudah bubur lambuk 1Malaysia. Lebih bersyukur lagi khemah khemah telah pun siap didirikan awal sehari sebelum program ini melegakan jabatan kerana hujan tanpa diundang turun pada awal pagi hari majlis yang ditetapkan.
Bubur lambut 1Malaysia ini akan diagih agihkan kepada kakitangan kerajaan berbagai jabatan di daerah Sibu tanpa mengira agama dan bangsa pada waktu petangnya.

Wednesday, September 9, 2009

Pembakaran terbuka meyebabkan jerubu tebal di bandar Sibu





Pembakaran terbuka di kawasan tanah gambut oleh orang yang tidak bertanggungjawab menyumbang kepada jerubu yang kini melanda semula bandar Sibu. Gambar inin menunjukkan asal tebal dari kebakaran tebingan jalan. (Gambar dirakam pada 7/9/09 di sebuah jalan di Sibu)