Wednesday, March 31, 2010

Pantai 'Gerigat' boleh menjadi 'Pusat Perkelahan' bandar berdekatan

Pantai di muara indah pemandangannya
Sunyi dan Sepi menjadi idaman

Ombak lari meninggal tebing nya
Sepi suasana membuai ketenangan
Pelawat harus menjaga kebersihan persekitaran pantai
Serpihan pecahan kaca botol mengundang bahaya





Pantai Gerigat yang terletak di daerah Betong kira kira 40 km dari Sarikei dan 100+ kilometer dari Sibu berpontensi menjadi tempat peranginan secara komersil jika ada usaha oleh pengusaha tempatan berani meyedia keperluan asas seperti chalet chalet, homestay dan gerai makan berdekatan sepanjang pantai. Ini bukan sahaja mampu menaikkan imej kampung tetapi juga dapat menjana pendapatan penduduk tempatan kerana mereka boleh menjual atau mempromosi keluaran tempatan seperti kuih-muih kering, ikan kering dan sayur sayuran yang dijual diberberapa gerai kecil ditepian jalan.
Para pengunjung juga harus berkerjasama menjaga kebersihan dan kecantikan pantai. Perlu juga pihak berkaitan menyediakan tong tong sampah serta mengutipnya apabila perlu.
Pantai yang cantik ini malangnya tercemar oleh longokan sampai sepanjang tebingan pantai dan tidak kurangnya terdapat banyak serpihan pecahan kaca kaca botol di merata rata pantai, sekaligus menimbul bahaya kepada pelawat dan pengunjung, teruta sekali pada waktu malam.
Tentu ada pengunjung yang bermalam akan meniti pantai pada waktu malam untuk menikmati sepuian angin laut malam dan sudah tertentu terdedah kepada ancaman pecahan kaca botol.
Oleh yang demikian, demi menjaga kecantikan semulajadi yang dianugerah oleh Tuhan, sama sama lah kita memerlihara kebersihan, kecantikan dan keselamatan pantai dan kampong kita.

Sunday, March 7, 2010

Jabatan Penerangan Sibu menyertai "Kempen Kurangkan Penggunaan Gula"





Pada 7 Mac 2010, Jabatan Penerangan Malaysia Sibu turut serta menyediakan kiosk informasi sempena 'Kempen Kurangkan Penggunaan Gula' anjuran Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna yang diadakan di pusat membeli belah Sing Kong Supermarket Sibu. Majlis yang diadakan sehari bertujuan memberitahu pengguna kesan negatif kepada kesihatan jika penggunaan gula gagal dikawal atau diguna berlebihan. Majlis tersebut di rasmikan oleh Dato Seri Wong Soon Koh, Menteri Kewangan II merangkap Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam sarawak.

Tuesday, March 2, 2010

Tanglung lambang perayaan Cina









Setiap kali perayaan terutama sekali pada sambutan tahun baru cina, tanglung tidak ketinggalan digantung sebagai hiasan lambang kaum cina. Selain mencantikkan, ia juga menerangani senario sekali gus mewujudkan suasana ceria dan kegembiraan. Ini kelihatan dimana terutama sekali pusat membeli-belah yang di banjiri berbilang kaum dan bangsa yang mengamalkan semangat 1Malaysia.