Wednesday, July 29, 2009

KHEMAH KERJA KELAB SETIA 1MALAYSIA 2009










Program Khemah Kerja Kelab Setia 1MALAYSIA telah diadakan di resort YMCA, Jalan Oya Sibu selama 3 hari mulai 31 Julai hingga 2 Ogos 2009.

Khemah kerja selama 3 hari disertai oleh berberapa buah Kelab ketia dari sekolah menengah dari bahagian Sibu, Sarikei; Mukah dan Kapit. Antara sekolah yang terlibat dalam program ini ialah, SMK Methodist Sibu; SMK SMK Kanowit; SMK Pakan; SMK Meradong; SMK Belawai; SMK Three Rivers Mukah; SMK Belaga dan SMK Selirik Kapit. Setiap sekolah menghantar sebanyak 8 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Kelab Setia.

Di khemah kerja tersebut berberapa ceramah telah sampaikan oleh berberapa orang penceramah jabatan penerangan. Antara tajuk ceramah ialah 1MALAYSIA dan Rukun Negara. Di kehemah kerja ini para peserta berpeluang mengenali ahli-ahli kelab lain-lain sekolah, bertukar pandangan, mendalami matlamat kelab setia dan berkerjasama melalui latihan berkumpulan.

Pada hari majlis penutupan, penyampaian sijil telah disempurnakan oleh tetamu jemputan khas ADUN Nangka YB Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Cik Hajjah Mariam Syed Dawilah dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, En. Zaini Mohamad.

No comments:

Post a Comment