Wednesday, July 29, 2009

KHEMAH KERJA KELAB SETIA 1MALAYSIA 2009










Program Khemah Kerja Kelab Setia 1MALAYSIA telah diadakan di resort YMCA, Jalan Oya Sibu selama 3 hari mulai 31 Julai hingga 2 Ogos 2009.

Khemah kerja selama 3 hari disertai oleh berberapa buah Kelab ketia dari sekolah menengah dari bahagian Sibu, Sarikei; Mukah dan Kapit. Antara sekolah yang terlibat dalam program ini ialah, SMK Methodist Sibu; SMK SMK Kanowit; SMK Pakan; SMK Meradong; SMK Belawai; SMK Three Rivers Mukah; SMK Belaga dan SMK Selirik Kapit. Setiap sekolah menghantar sebanyak 8 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Kelab Setia.

Di khemah kerja tersebut berberapa ceramah telah sampaikan oleh berberapa orang penceramah jabatan penerangan. Antara tajuk ceramah ialah 1MALAYSIA dan Rukun Negara. Di kehemah kerja ini para peserta berpeluang mengenali ahli-ahli kelab lain-lain sekolah, bertukar pandangan, mendalami matlamat kelab setia dan berkerjasama melalui latihan berkumpulan.

Pada hari majlis penutupan, penyampaian sijil telah disempurnakan oleh tetamu jemputan khas ADUN Nangka YB Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Cik Hajjah Mariam Syed Dawilah dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, En. Zaini Mohamad.

Tuesday, July 28, 2009

Antara 'Warga Emas' dan 'Warga Terbiar'

(G.1) Taman Rama mejadi tumpuan warga emas apabila terbenamnya matahari
(G.2) Kesini dibawa diri nenenangkan fikiran dan melapangkan minda
(G3) Terbiar mungkin menyebabkan terganggu fikiran
(G.4) Tersendiri dan Terbiar
(G.5) Rumah mobil yang mudah disorong dan bibawa mana sahaja, sesuai dengan keselasaan


Dalam menerus perjalanan di alam keemasan, banyak rintangan perlu diharungi dengan tabah. Sesungguhnya sumbang bakti tidak diperlu lagi dan releven dengan senario semasa , namun apa yang pernah disumbangi perlu dihargai, kerana tanpa ia sebagai ukur banding, tidak akan membawa kemajuan dan perubahan terkini dan esok. Ada juga yang malang tertekan sehingga membawa diri tanpa perhatian tetapi menjadi perhatian. (G.3 - G.5)

Tenangkan minda sejenak, tenungi serta dalami potriet-potriet, bagaimana dan siapa kita apabila sampai ke sa'at ini nanti.

Sunday, July 5, 2009

Pesta Kebudayaan Borneo 2009




Pesta Kebudayaan Borneo 2009, pesta tahunan Sarawak telah berlansung selama sembilan hari mulai 3 hingga 11 Julai 2009.