Pada 10 Disember 2009 Jabatan Penerangan Malaysia Sibu bagi pihak Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak telah berkerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multi-Media Malaysia Cawangan Sarawak dalam penganjuran Bengkel "Protecting Children In Cyberspace"di hotel tempatan RH Hotel. Bengkel sehari disertai oleh 250 orang peserta yang terdiri dari jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan swasta.
Bengkel tersebut dirasmikan oleh Menteri Kewangan Negeri, merangkap Menteri Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak, Dato Seri Wong Soon Koh. Turut hadir ialah Pengarah SKMM dan Timbalan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak.