Saturday, December 3, 2011

PMR Sibu 25.11.2011









Pemenang Quiz kenegaraan anjuran PMR Sibu








Pelatih PKLN Junaco Park Sibu mengucapkan 'Terima Kasih' kepada Jabatan





Bersama Komandan Kem Junaco Sibu

Menjamu selera di penghujung majlis


Pada tanggal 25 November 2011, Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Sibu telah mengadakan Majlis Pengimirahan PMR. Sempena majlis berkenaan Jabatan Penerangan Sibu telah menjemput pelatih pelatih PLKN dari Kem Junaco Park Sibu ke majlis berkenaan. Seramai 15 orang peserta terpilih yang di ketuai oleh Komandan bersama 2 orang jurulatih turut memeriah lagi majlis bersama sama kakitangan Jabatan Penerangan Sibu. PMR turut mengadakan pertandingan Kuiz Kenegaraan dimana para pemenang diberi hadiah.

Thursday, November 24, 2011

Program November 2011













Majlis Apresiasi, Anugerah Cemerlang K1M dan Pertandingan Kecerian Merdeka Peringkat Negeri Sarawak - 19.11.2011 Paramount Hotel Sibu

Program Warisan Muda 2011 - Rumah Warga Tua, Sri Kenangan Sibu
18.11.2011


Taklimat Bajet 2011 - 18.11.2011 Paramount Hotel Sibu


Sunday, September 11, 2011

Kembara Merdeka 1Malaysia Ramadan 2011

Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Ramadan 2011 di Hotel Paramount Sibu
19.8.2011










Thursday, January 13, 2011

Mesyuarat Pengurusan Pertama Jabatan Penerangan Sibu 2011





Mesyuarat Pengurusan Pertama Pejabat Penerangan Bahagian pada 13 Januari 2011 di hadiri oleh pegawai pegawai dari pejabat daerah Sibu, Kanowit, Mukah, Dalat dan daerah kecil Balingian.

Monday, November 29, 2010

Majlis Penyampaian 'Pingat Perkhidmatan Setia' Kingwood Hotel Sibu 30 November 2010






Majlis Penyampaian 'Pingat Perkhidmatan Setia' kerajaan Sarawak telah berlansung di Kingwood Hotel Sibu pada 30 November 2010 @3.00 petang. Seramai 375 orang kakitangan kerajaan dari berbagai jabatan dan agensi kerajaan menerima pingat bagi menghargai jasa mereka. Penerima ini adalah terdiri dari mereka yang berkhidmat selama 20 tahun keatas. Pingat Setia telah disampaikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.

Seminar Pembangunan & Kepimpinan Ketua Masyarakat Negeri Sarawak 2010 - Sibu Rh Hotel 30 November 2010


Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat Negeri Sarawak bagi zon Sibu berlansung di RH Hotel Sibu pada 30 Novemkber 2010. Majlis di rasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Seminar ini disertai oleh ketua-ketua masyarakat dari daerah Sibu, Kanowit dan Selangau.

Sunday, October 10, 2010

Ribuan ikan Sungai Rajang timbul

Selepas dikejutkan dengan fenomena luar biasa sisa balak dan kayu terapung di Sungai Rajang, sejak Khamis lalu, penduduk yang tinggal di tebing sungai terpanjang di Malaysia itu sekali lagi dikejutkan dengan kejadian luar biasa, kelmarin.



Kali ini, bukan sisa kayu terapung yang membuatkan perhatian terarah ke sungai yang mengalir deras itu, tetapi ribuan ikan air tawar termasuk patin, labang, jelawat dan kaloi yang timbul di permukaan dipercayai mabuk akibat lumpur tebal yang memenuhi sungai berkenaan.


Keadaan itu menyebabkan penduduk di tebing Sungai Rajang bagaikan berpesta, menangkap ikan mabuk itu yang ada antaranya mencecah berat sehingga 20 kilo gram seekor.



Kejadian ikan bersaiz besar timbul itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan penduduk percaya ia ada kaitan dengan kejadian tanah runtuh di kawasan pembalakan di Sungai Baleh iaitu salah satu cabang Sungai Rajang.