Monday, September 14, 2009

Program Memasak Bubur Lambuk 1Malaysia Jabatan Penerangan Malaysia Sibu 15.09.2009









Kakitangan jabatan penerangan sibuk menyediakan ramuan bubuk lambuk

Kakitangan berbagai jabatan Wisma Persekutuan Blok 3, bergotong royong menyedia ramuan bubur lambuk
Hujan lebat awal pagi Selasa , 15 September 2009 tidak mematah semangat kakitangan jabatan penerangan bersama kakitangan berbagai jabatan di Wisma Persekutuan Blok 3, Persiaran Brooke, Sibu bertungkus lumus menyedia keperluan dan ramuan bagi jaudah bubur lambuk 1Malaysia. Lebih bersyukur lagi khemah khemah telah pun siap didirikan awal sehari sebelum program ini melegakan jabatan kerana hujan tanpa diundang turun pada awal pagi hari majlis yang ditetapkan.
Bubur lambut 1Malaysia ini akan diagih agihkan kepada kakitangan kerajaan berbagai jabatan di daerah Sibu tanpa mengira agama dan bangsa pada waktu petangnya.

Wednesday, September 9, 2009

Pembakaran terbuka meyebabkan jerubu tebal di bandar Sibu





Pembakaran terbuka di kawasan tanah gambut oleh orang yang tidak bertanggungjawab menyumbang kepada jerubu yang kini melanda semula bandar Sibu. Gambar inin menunjukkan asal tebal dari kebakaran tebingan jalan. (Gambar dirakam pada 7/9/09 di sebuah jalan di Sibu)

Sunday, August 23, 2009

Bazaar Ramadan 2009 Sibu









Setiap tahun menjelang bulan Rahmadan, bulan kaum muslimin mengerjakan rukun Islam, berpuasa, juadah untuk berbuka puasa mesti dicari. Sudah menjadi tradisi masyarakat Islam sekitar bandar Sibu akan bertumpu ke gerai menjual makanan yang ditempat khas di sudut bandar berdekatan dengan Kampong Datu dan Dataran Sibu.
Di sini lah dijual pelbagai lauk pauk, kuih muih dan tindak ketinggalan ikan dan ayam panggang. Sudah pasti kuih muih tradisi yang jarang kelihatan mudah didapati pada musim ini. Ia se akan pesta makanan kerana ia bukan sahaja menarik pembeli kaum Islam bahkan berbagai masyarakat bukan Islam lain. Disini lah terpapar keharmonian dan perpaduan rakyat serta ke eratan silaturahim rakyat Sarawak kearah memperkasakan lagi matlamat 1Malaysia.

Friday, August 21, 2009

Fort Alice - bermulanya sejarah Sri Aman

Struktur Kota Alice kini
Pemandangan ke hilir sungai Batang Skrang dari Kota Alice (Benak menjadi tarikan)

Kota Alice yang menyimpan banyak sejarah


Kota James dibina pada mula di muara Sungai Skrang tahun 1849. ia menjadi serangan oleh kaum Sungai Skrang yang diketuai oleh Pahlawan Rentap. Pada tahun 1864 ia dipindah dan dibina semula di Simanggang kerana lokasi lebih sesuai(Sri Aman sekarang) dan dinamakan 'Fort Alice' sempena Rani Margaret. Bina nya kota ini, mula lah pembangunan bandar Simanggang.
Simanggang dimana terletaknya Kota Alice sekarang telah dibuka pada tahun 1849 dan ia menjadi pusat pentadbiran kerajaan Brooke.
Pada penghujung tahun 1973, bandar Simanggang telah ditukar nama kepada 'Sri Aman' sampena dengan majlis penyerahan komunis kalimanatan. Ia terpilih sebagai pusat menandatangani perjanjian 'Memorandun Persahamanan' antara kerajaan yang diketua oleh Ketua Menteri Sarawak ketika itu , Tun Patinggi Hjai Abdul Rahman Yaakub dan Ketua Komunis sarawak, Bong Kee Chok.
Plan afoot to be rebuild Fort Alice Eastern Times 8/2/2010
A proposal has been submitted to the government to rebuild the historically rich Fort Alice. The Asst. Minister of Land Development, Datuk Francis Harden Hollis, said with the contribution from a local consultancy firm, the proposal was now awaiting the government's approval. He said that at a special Chinese New Year stage performance held at the Sri Aman Mini Stadium on the 6 February 2010. He hope the proposal would bring back the glory and splendour of the landmark structure in Sri Aman dating the Rajah Brooke era in the second part of the 19th century, which the local people had taken upon themselves as the heritage.

APA ADA PADA GAMBAR........

Penanda dan palang besi untuk mengunci motosikal
Walaupun banyak usaha dilakukan untuk mencegah dan mengurangkan kecurian namum jumlah kes tetap meningkat setiap tahun. Ini berlaku bukan kerana tiada dan kurang usaha dan tindakan pihak berkuasa atau penguatkuasa pencegah jenayah tetapi punca kurang ambil berat atau sambil lewa mangsa kecurian sendiri.
Mari lah kita lihat apa berlaku dalam kedua dua gambar ini. Pihak berkuasa telah menyedia kemudahan pencegahan kecurian iaitu palang besi untuk pemilik motosikal mengunci (kunci kedua) kenderaan mereka. Malangnya, ia hanya tinggal hiasan......
Mari kita tenung sejenak......

Cantik, menyejukkan tapi awas dan berhati hati




Berwaspada jika dibelakang kenderaan in
Selesa dan sejuk

Memandu melalui jalan jalan yang di kiri kanannya tertanam pokok pokok redang sungguh sejuk dan selesa terutama sekali dimusim cuaca panas. Dalam keadaan yang menyeronokkan, kita perlu berhati-hati dan berwaspada kerana jika kita lupa, bahaya tanpa diundang boleh berlaku.
Sememangnya pokok pokok ini ditanam bertujuan mencantikkan tepian jalan dan juga menyejukkan pengguna penggunanya, tapi kita lupa bahawa adakala kita terdedah kepada kemalangan disebabkan jatuhan ranting atau dahan pokok-pokok ini.
Apa tidaknya, jika ranting atau dahan pokok ini patah dan jatuh menghembap pengguna pengguna jalan ini.
Bayangkan lah apa terjadi jika dahan pokok ini patah disebab oleh kenderaan lori tinggi atau yang membawa kontena (sepertimana dalam gambar) menghembap pembawa motosikal atau kenderaan........
Pokok ini perlu dipotong dahan dahan yang redang dan rendah supaya tidak terpaut atau tersangkut kepada kenderaan yang tinggi yang lalu.
Sama sama lah kita merenung........jauh dihadapan...pepatah malang tidak berbau.

Wednesday, July 29, 2009

KHEMAH KERJA KELAB SETIA 1MALAYSIA 2009










Program Khemah Kerja Kelab Setia 1MALAYSIA telah diadakan di resort YMCA, Jalan Oya Sibu selama 3 hari mulai 31 Julai hingga 2 Ogos 2009.

Khemah kerja selama 3 hari disertai oleh berberapa buah Kelab ketia dari sekolah menengah dari bahagian Sibu, Sarikei; Mukah dan Kapit. Antara sekolah yang terlibat dalam program ini ialah, SMK Methodist Sibu; SMK SMK Kanowit; SMK Pakan; SMK Meradong; SMK Belawai; SMK Three Rivers Mukah; SMK Belaga dan SMK Selirik Kapit. Setiap sekolah menghantar sebanyak 8 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli Kelab Setia.

Di khemah kerja tersebut berberapa ceramah telah sampaikan oleh berberapa orang penceramah jabatan penerangan. Antara tajuk ceramah ialah 1MALAYSIA dan Rukun Negara. Di kehemah kerja ini para peserta berpeluang mengenali ahli-ahli kelab lain-lain sekolah, bertukar pandangan, mendalami matlamat kelab setia dan berkerjasama melalui latihan berkumpulan.

Pada hari majlis penutupan, penyampaian sijil telah disempurnakan oleh tetamu jemputan khas ADUN Nangka YB Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Cik Hajjah Mariam Syed Dawilah dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, En. Zaini Mohamad.