Wednesday, May 9, 2012
Mesyuarat Pengurusan Bahagian Sib/Mukah di Kanowit 9.5.2012
Mesyuarat Pengurusan 2012 Bahagian Sibu/Mukah kali ini diadakan di pejabat Penerangan Daerah Kanowit. Pegawai dari pejabat Mukah, Dalat, Balingan, Subu dan Kanowit hadr berasama pada mesyuarat ini. Saya selaku Pegawai Penerangan Bahagian Mukah/Sibu mempergerusi mesyuarat ini.
Wednesday, February 8, 2012
Saturday, December 3, 2011
PMR Sibu 25.11.2011

Pemenang Quiz kenegaraan anjuran PMR Sibu

Pelatih PKLN Junaco Park Sibu mengucapkan 'Terima Kasih' kepada Jabatan

Bersama Komandan Kem Junaco Sibu
Menjamu selera di penghujung majlisPada tanggal 25 November 2011, Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Sibu telah mengadakan Majlis Pengimirahan PMR. Sempena majlis berkenaan Jabatan Penerangan Sibu telah menjemput pelatih pelatih PLKN dari Kem Junaco Park Sibu ke majlis berkenaan. Seramai 15 orang peserta terpilih yang di ketuai oleh Komandan bersama 2 orang jurulatih turut memeriah lagi majlis bersama sama kakitangan Jabatan Penerangan Sibu. PMR turut mengadakan pertandingan Kuiz Kenegaraan dimana para pemenang diberi hadiah.
Thursday, November 24, 2011
Sunday, September 11, 2011
Thursday, January 13, 2011
Monday, November 29, 2010
Majlis Penyampaian 'Pingat Perkhidmatan Setia' Kingwood Hotel Sibu 30 November 2010

Majlis Penyampaian 'Pingat Perkhidmatan Setia' kerajaan Sarawak telah berlansung di Kingwood Hotel Sibu pada 30 November 2010 @3.00 petang. Seramai 375 orang kakitangan kerajaan dari berbagai jabatan dan agensi kerajaan menerima pingat bagi menghargai jasa mereka. Penerima ini adalah terdiri dari mereka yang berkhidmat selama 20 tahun keatas. Pingat Setia telah disampaikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Yang Amat Berhormat Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.Seminar Pembangunan & Kepimpinan Ketua Masyarakat Negeri Sarawak 2010 - Sibu Rh Hotel 30 November 2010

Seminar Pembangunan dan Kepimpinan Ketua Masyarakat Negeri Sarawak bagi zon Sibu berlansung di RH Hotel Sibu pada 30 Novemkber 2010. Majlis di rasmikan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Seminar ini disertai oleh ketua-ketua masyarakat dari daerah Sibu, Kanowit dan Selangau.Sunday, October 10, 2010
Ribuan ikan Sungai Rajang timbul
Selepas dikejutkan dengan fenomena luar biasa sisa balak dan kayu terapung di Sungai Rajang, sejak Khamis lalu, penduduk yang tinggal di tebing sungai terpanjang di Malaysia itu sekali lagi dikejutkan dengan kejadian luar biasa, kelmarin.Kali ini, bukan sisa kayu terapung yang membuatkan perhatian terarah ke sungai yang mengalir deras itu, tetapi ribuan ikan air tawar termasuk patin, labang, jelawat dan kaloi yang timbul di permukaan dipercayai mabuk akibat lumpur tebal yang memenuhi sungai berkenaan.
Keadaan itu menyebabkan penduduk di tebing Sungai Rajang bagaikan berpesta, menangkap ikan mabuk itu yang ada antaranya mencecah berat sehingga 20 kilo gram seekor.
Kejadian ikan bersaiz besar timbul itu tidak pernah berlaku sebelum ini dan penduduk percaya ia ada kaitan dengan kejadian tanah runtuh di kawasan pembalakan di Sungai Baleh iaitu salah satu cabang Sungai Rajang.
Sunday, September 19, 2010
Sabah : Menggatal bukan 'gatal'
Pembinaan replika mangga perjelas maksud nama pekan berkenaan
Sebutan Menggatal yang merujuk kepada sebuah pekan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Inanam di sini yang sering disalah tafsir pengunjung luar sebagai bermaksud negatif akan diperbetulkan menerusi pembinaan mercu tanda pekan yang akan memaparkan maksud sebenar nama pekan itu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, Johnny Goh, berkata pihaknya dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sepakat membina replika buah mangga sebagai mercu tanda di Bulatan Pulutan, kerana mangga ialah sebutan asal nama pekan itu
Katanya, kebanyakan pengunjung luar tidak tahu mengenai sejarah nama Menggatal yang sebenarnya berasal daripada perkataan mangga gatal yang diambil berikutan kewujudan sepohon pokok mangga di pekan itu yang buahnya menyebabkan rasa gatal apabila dimakan.
"Pokok mangga gatal itu tumbuh pada zaman awal pembukaan pekan ini puluhan tahun lalu dan ia hanya diketahui oleh penduduk di pekan Menggatal. Ketika itu nama pekan ini memang disebut sebagai `Mangga Gatal' tetapi lama kelamaan sebutan itu diringkaskan menjadi `Menggatal'.
Sebutan itu bagaimanapun ditafsir membawa maksud yang negatif oleh orang luar. Sehubungan itu, bagi memperbetulkan tanggapan negatif mengenai maksud nama pekan ini, kita minta DBKK membina sebuah mercu tanda buah mangga untuk menggambarkan asal usul nama Menggatal," katanya kepada Berita Harian.
Beliau berkata, walaupun pokok mangga gatal yang menjadi asas nama pekan itu sudah tiada, sejarahnya masih kekal dan segar dalam ingatan kebanyakan generasi tua di Menggatal yang satu ketika dulu pernah menyebut nama pekan itu sebagai Mangga Gatal.
Katanya, usaha membina mercu tanda yang mengambil sempena asal usul nama pekan Menggatal itu juga penting bagi memastikan cerita yang ada di sebalik nama berkenaan diketahui generasi muda masyarakat di Menggatal dan orang luar keseluruhannya. Sekarang ini, generasi muda di Menggatal sendiri ramai yang tidak tahu mengenai cerita mangga gatal ini.
Saya bimbang satu hari nanti apabila semua generasi tua yang tahu mengenai cerita ini sudah tiada, sejarah asal usul pekan ini akan pupus.
"Akibatnya nanti semua orang akan membuat tafsiran sendiri berdasarkan maksud tersurat sebutan `menggatal' yang bersifat negatif. Sebab itulah perlu ada usaha untuk menghidupkan kembali sejarah asal usul pekan ini, katanya.
Pada masa sama, Goh berkata, pembinaan mercu tanda itu juga adalah antara usaha untuk meningkatkan keindahan landskap dan imej pekan Menggatal supaya kelihatan lebih menarik sesuai dengan kedudukannya sebagai sebahagian daripada kawasan bandar raya.
Katanya, usaha juga sedang dilaksanakan bagi meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan di pekan Menggatal serta melaksanakan projek pencegahan banjir membabitkan beberapa sungai antaranya projek meluruskan Sungai Darau dan membina benteng penahan tebing Sungai Mansiang
Petikan Berita Harian Online 20/09/10

Saturday, September 18, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)